Assalamualaikum W.B.T kepada semua..hari nie rozi ada cerita baru yang rozi nak share dengan semua kat dalam blog ni..kisah mengenai seorang gadis biasa2 saja yang berubah wajah secantik bidadari menjelang ajalnya dan beberapa kejadian yang lain.untuk makluman semua kisah nie rozi baca dalam buku mastika yang rozi beli.Cerita nie dikongsikan oleh encik Muhd.Yasin Wahid iaitu pengerusi masjid Ar-rahman Felda jengka 22,bandar jengka pahang....mudah-mudahan cerita yang rozi kongsi kan nie dapat menjadi kisah tauladan kepada kita semua.insyaAllah...
kejadian yang pertama nie berlaku pada tahun 1990,iaitu ketika en.muhd yasin nie sedang memandikan mayat seorang peneroka bekas special constabel pencen yang berbadan besar.
"apabila saya selak kain penutup mayat,muka arwah senyum.Lalu saya tanya jiran-jirannya.Apa amalan pak cik nie,mayatnya senyum!"
Jirannya memberitahu.."semasa hayatnya.arwah kalau balik dari kebun membawa seikat rambutan dia akan memberi kepada budak-budak sehingga tinggal tangkai.Inilah amalan harian arwah apabila balik ke rumahnya.Kalau dia balik bawa buah tangan,dihadiahkan kepada anak jiran-jirannya dahulu sebelum masuk rumah,sehinggakan kadang-kadang tiada apa yang dibawa untuk anak-anak dan isterinya..kalau kebetulan hari tu arwah bawa kuih muih,dia akan bagi semua anak jirannya merasa sehingga kosong plastik.."
subhanallah..susahnya kita nak cari orang yang bersifat pemurah seperti arwah..klau dibandingkan dengan diri nie..terasa diri ini kedekut..hhmm,yela kalau tgh lapar tu kalau boleh nak sembunyi2kan makanan tak mahu orang nampak,nanti kene bagi pulak..huhu..rupa-rupanya amalan arwah ni IKHLAS..kita kalau bersedekah kene ikhlas walaupun sebesar biji zarah..macam firman allah taala dalam surah al baqarah
"Perkataan yang baik dan mengampuni (memaafkan kesalahan),lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan yang menyakiti,dan Allah Mahakaya lagi penyantun.."(surah al-baqarah:263)
oleh itu,ikhlaskan la hati kita bukan dalam sedekah sahaja tapi semua amalan yang kita lakukan di atas muka dunia nie..sesungguhnya dunia ini la pentas persinggahan kita sebelum tibanya akhirat yang kekal abadi..
KISAH yang kedua nie pulak kisah mayat tersenyum jugak..kisah ini pulak sangat terkesan di hati rozi..bila rozi baca rozi termenung sekejap dan merasa insaf dengan apa yang rozi baca..dan rozi harap sahabat2 dan semua yang membaca juga macam tu..huhu..kisah mayat yang seterusnya nie adalah kisah mayat seorang peneroka biasa saja,huhu biasanya orang akan bersangka buruk sebab si polan nie bukanla kaki masjid. semasa hayatnya,boleh tahan jugak la....
........selepas sakit kira-kira 5 tahun yang lalu arwah jarang muncul di khalayak ramai.arwah mengasingkan diri..dulu kerap minum di kedai,namun pada hari2 terakhir arwah sebelum meninggal arwah tak suka bercampur dengan orang, kalau minum cepat2 nak balik..ditakdirkan oleh Allah,pada malam khamis arwah nie meninggal jam 9 pagi..selesai sahaja pengurusan jenazah dan talkin haji muhd yasin nie pun bertanyala pada si anak lelaki arwah..
"mengapa muka ayah kamu tersenyum?
si anak memberitahu," pada malam sebelum meninggal ayahnya tiba2 saja meminta supaya menghantar balik ke kelantan untuk belajar pondok,mengaji quran dan kitab..ya allah,NIAT arwah sebelum meninggal hendak belajar mengaji,menghafaz quran dan belajar kitab.. biarpun niat arwah tidak kesampaian,tapi allah tetap mencatat pahala niat baiknya..patutla arwah jarang muncul di kedai kopi,rupa2nya arwah sedang mendalami agama,membaca al-quran,beribadat kepada allah..
Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan maha penyayang.Allah tetap menerima taubat kita selagi mana belum tiba saat sakaratulmaut mencabut nyawa kita..(^_^)
Hoho..amacam?ok lagi tak..KISAH yang ketiga ni juga dapat memberi keinsafan pada kita yang masih hidup nie terutama sekali pada yang bergelar anak...kisah dia berlaku pada dua tahun yang lepas,selepas en muhd yasin memandikan jenazah seorang penagih tegar yang baru keluar pusat serenti..TIBA2!
kaki ,tangan pucat lesi..tapi mukanya tersenyum!(^_^)
Lalu beliau pun bertanyala pada ibu arwah pemuda ini,"kenapa muka anaknya tersenyum?"
Si ibu dengan lelehan air mata memberitahu sebelum anaknya meninggal,arwah meminta ampun,cium kakinya,cium tangan.Arwah suruh ibunya peluk erat2.Arwah beritahu ibunya dia tak lama lagi hendak pergi! Lalu ibunya memberitahu dia REDHA dunia akhirat dan ampunkan segala kesalahan arwah..:'(
terharukankan...astagfirullahalazim..ya allah ampunkan la dosa2ku dan adik2ku..smg engkau membimbing aku dan adik2 ku menjadi anak2 yang soleh dan solehah yang berbakti kepada kedua ibu bapaku..aminn..
"en.muhd yasin terperanjat, seorang penagih tegar yang orang benci.Tapi nasib baik arwah dapat keredhaan ibunya.."
"kami wasiatkan kepada manusia,terhadap ibu-bapanya.Ibunya mengandungnya dengan (menderita) kelemahan diatas kelemahan dan menceraikannya dari susuan dalam dua tahun (iaitu) :berterima kasihla kepadaku dan kepada ibu bapamu.Kepadaku tempat kembali"(surah lukman :14)
KISAH yang terakhir,ialah kisah seorang anak dara yang belum kahwin sungguh cantik.(^____^)hehe..
Berkali-kali juga en.muhd yasin berbisik,cantik sungguh anak dara nie.beliau pun tak pernah tengok anak dara secantik ini.Manis! en.muhd yasin merasa pelik sungguh!
"Wajahnya macam bermekap.Cantik betul,"kata isteri en.muhd yasin yang memandikan mayat arwah anak dara ini.
"kenapa wajah arwah gadis ini secantik bidadari?"
Lalu beliau pun bertanya dengan si ayah arwah gadis berkenaan "mengapa wajah anakcantik sungguh sebelum meninggal?" Menurut ayahnya, pagi itu sebelum meninggal,arwah bagi makan kucing,peluk kucing.Arwah sayang sangat kucing,tidak pernah berpisah dengan kucing kesayangnya.
hmm..kucing adalah antara binatang kesayangan Nabi Muhammad S.A.W sesiapa yang kasihkan kucing akan diberi pahala oleh Allah.
subhanallah...
senyum itukan sedekah..jadi jangan lupa senyum selalu..(^__^)
No comments:
Post a Comment