Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Apa khabar? saya berdoa dan berharap semoga awak,dia,kamu,semua dan kita semua hamba2 allah sihat selalu dan sentiasa dirahmati dan dilindungi ALLAH selalu dan setiap masa..:) . insyaAllah.
Dalam ruang2 masa yang banyak kosong ini, sejak tamat menjalani latihan industri di Majlis Agama Islam Melaka..klu tak tolong mak jaga kedainya itu, saya banyak menghabiskan masa waktu sengang saya dirumah dengan membaca buku2 motivasi, majalah, menonton, ikut mak jalan dan sewaktu dengannya..:) setiap kali manghabiskan waktu teman mak berjalan2 kat pekan tu, hmm sempat la juga saya menghabiskan duit elaun masa praktikal dulu dengan membeli buku2 and majalah2 kegemaran saya, antaranya seperti majalah iman, majalah solusi, wanita, and al-islam...majalah2 lain tu bukan tak minat..minat juga, tapi kurang la sikit..:) kiranya, majalah yang saya sebut tadi tu adalah kategori beberapa majalah yang kerap saya beli bila keluar jalan2 dengan family..bukan apa, saya pun tak pasti juga kenapa dan mengapa..tp saya lebih suka dan tertarik untuk membaca majalah yang diatas tadi mungkin sbb pengisian dan input dalam majalah nie banyak ..selain banyak pengisian dan knowledge majalah2 nie juga berguna untuk semua lapisan umur..tak kira la muda ke,,veteran ke,..remaja ke..dewasa ke..semuanya sesuai untuk membacanya..tak rugi sikit pun..lagi pulak majalah2 nie sangat2 sesuai untuk kita untuk menambah ilmu pengetahuan yang sedang berusaha untuk menjadi seorang individu muslim yang soleh dan solehah..sgt berbaloi membelinya walaupun harga majalah tersebut nilainya berjuta ringgit..:) (tolong promote sikit majalah kegemaran saya nie )
Selepas melepasi beberapa buah traffic light,,(memandu dengan penuh sabar)
Akhirnya sampai juga dirumah........
Malam itu,,sebelum saya tidur..saya mencapai majalah iman yang saya beli tadi...
"TERIMA KASIH,"....."Boleh tolong saya...?," ......."Maafkan saya".......
ada 3 ayat di atas ini, dimana ianya merupakan sebuah ungkapan yang boleh mencerminkan sebuah ketinggian budi seseorang individu itu...walaupun, pada dasarnya "....ungkapan ini sangat mudah diucapkan, namun ianya sangat sukar untuk dilafazkan untuk orang yang tidak berbudi"...benar,,itu saya tidak nafikannya..dalam era arus permodenan ini..banyak masyarakat kita hari ini yang terlupa akan keelokan pembentukan sahsiah peribadi diri..hal ini, saya dapat lihat dimana2 sahaja saya pergi...perkembangan teknologi ICT yang semakin maju pada hari ini, telah menghakis nilai-nilai murni masyarakat kita pada hari ini. Perubahan corak kehidupan juga turut berubah terutamanya dari segi pergaulan sosial, komunikasi dan budaya hidup akibat daripada pengaruh2 moden pada masa kini.
Situasi seperti di bawah ini pasti dimana2 kita pernah pengalaminya.........
"Siapa yang patahkan pensel saya atas meja nie?"
"Atan yang patahkan"
"Eh, apasal pula aku yang nak patahkan, bukan aku la (padahal)..
Orang susah nak mengakui kelemahan dan kesilapan diri sendiri, sebaliknya menuding jari kepada orang lain....
" Jimmy, ko nak pegi kedai ke?"
"yup".napa?"
"ko isi sekali minyak kete tu k kat petronas depan tu."
"ok"....
"Sai,..aku dah tolong isikan minyak kete ko ya"..
"ok"...letak kunci ketenya di atas meja...
itu antara pengalaman yang pernah saya alami...(dalam hati berkata2 juga,tak ucap terima kasih pun)..huhuhu...
saya rasa teman2 yang lain pun pernah juga merasai pengalaman berjumpa dengan kalangan mereka seperti cerita pendek di atas..xpe..maafkan sajela mereka itu....
Mengapa perkara seperti ini berlaku pada hari ini....???
"B.U.D.I" bukanlah perkara yang boleh dibuat-buat. Ianya datang daripada hati yang tulus dan ikhlas. Hanya hati yang diselubungi oleh iman dapat menzahirkan perbuatan dan tingkah laku yang baik dan berbudi. Budi ini perlu dipupuk dan disemai dengan penuh kesabaran serta memerlukan pengorbanan..:)
Hadis nabi bermaksud: "Sesungguhnya Allah menghiasi Islam dengan budi perkerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik terpuji"
Setinggi mana pun jawatan yang kita sandang, seberapa banyak pun harta yang kita ada, sekaya mana pun kita di muka bumi allah ini, tetapi BUDI tetap dipandang orang...ketinggian budi dalam sesebuah masyarakat itu terpancar pada tindak tanduk ahlinya. Seseorang yang merendah diri, tidak sombong, rela mengakui kesalahan dan kelemahan, mudah memaafkan, tidak lokek menghulurkan bantuan, sudah tentulah akan lebih dihormati dan disayangi oleh orang berbanding mereka yang sebaliknya...
Ingatlah , Allah telah berfirman : "Dan telah kami (Allah) jadikan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Kemudian kami rendahkan ia sehina-hinanya, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih ( at:thin 4-6)
Seusai saya membaca majalah iman tersebut, lalu saya teringat sewaktu zaman saya kecil2 dulu..emak saya selalu pesan "kalau orang memberi pada kita tu, ucapla terima kasih tanda penghargaan kita pada mereka"..lagi klu lepas makan dengan family je mak selalu pesan "ucap la terima kasih pada abah dan mak yang telah mencari nafkah dan memberi kamu makan"...bila tiba hari guru pula..mak pula yang akan jadi orang yang excited buatkan kek, buatkan hadiah untuk anak2 dia bagi pada cikgu2 kat sekolah..mak kata, "awak dah belajar, minta ilmu cikgu, apa salahnya awak hargai cikgu2 awak..bagi mereka hadiah utk hari guru sebagai tanda terima kasih awak pada cikgu2 awak..." akhirnya, hari ini perbuatan tersebut telah menjadi kelaziman pada diri saya..bila nak mak dengan abah bagi duit belanja..secara automatically akan terkeluar.."makaseh abah,makaseh mak"....sekurang2nya saya hargai susah payah mak and abah saya cari duit belanja untuk kami...
Lalu saya terfiikir,,masihkah relevan lagi erti BUDI dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini..?
Bidalan ada berbunyi, "orang berbudi kita berbahsa, orang memberi kita merasa"...
Bagi saya, sungguh besarla makna BUDI itu dalam diri seseorang individu pada masa kini..dengan adanya BUDI la kita akan tahu menghargai, menilai ,disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Pelihara dirimu. Hiasila dirimu dengan akhlak dan peribadi yang baik dan unggul...
Akhir sekali mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang penulisan saya kongsikan dalam blog Yakin Boleh ini..
"Pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti; hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati"
Sekian, T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H
senyum itukan sedekah..jadi jangan lupa senyum selalu..(^__^)






