Assalamualaikum w.b.t.
dengan lafaz mulia..bismillahirahmanirrahim (dengan menyebut nama-MU ya allah,yang maha pengasih lagi maha penyayang)
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w serta para sahabat dan para tabi'in, segala puji bagi Allah,tuhan semesta alam ku lafazkan seifiniti syukurku yang tidak terhingga kepadaMU ya ALLAH kerana dengan nikmatMu dan keizinanMU yang telah engkau kurniakan kepadaku,maka masih lagi aku bernafas pada hari ini dan berkemampuan untuk menulis dan berkongsi pengalaman hidupku di laman blog ini. terima kasih Ya Allah.alhamdulillah..
Dah lama rasanye tak menulis,tak update kat blog YaKin BoLeh nie..entah ape dah jadi dekat blog nie pun tuan punya badan pun tak tau..nie la akibatnye klu terlalu banyak sangat simpan pasword sampai terlupa pasword blog nie..huhu,,
Actually xde ape pun nak luahkan kat sini,nak tulis ape pun tak tau..jarang rasenye penulis nak share anything kat blog nie..dekat status facebook pun jarang lagi la blog nie..nak tulis panjang-panjang..entah ape isinya pun tak tau..lainla klu penulis blog "yakin boleh" nie diberikan tajuk tentang penulisan kepada dia baru la dia boleh cari idea atau ilham untuk menulis..hehe.Xdela,,sebenarnye lama dah cuba nak update,nak menulis blog "yakin boleh" nie tapi dah cuba2 masuk pasword tak bole,jadi datang la penyakit M tu menyerang untuk ignore blog nie dari menulis...hoho
Jadi,setelah sekian lama tidak menulis dan menyepikan diri..lalu terlintas dihati untuk kembali aktif menulis blog..setelah cuba banyak kali pasword nak sign blog nie,,akhirnya berjaya la sign in blog "yakin boleh" nie..huhu ..kenapa ek??tajuk blog arini terlepas pandang..?? =D
sebab??
terlalu banyak sgt hari2 yang penulis blog "yakin Boleh" lalui sepanjang hidupnya tapi tak dapat nak share kat dalam blog nie..huhu..ade kisah sedih,ade yang menarik,ade yang bahagia dan macam2 lagi yang penulis lalui setiap hari..tapi semua tu berlalu begitu sahaja tanpa catatan atau kenangan terindah yang mampu penulis catatkan dalam kenangan sebagai memori penulis. klu buat novel dah boleh dah publish kan,,keluaran novel terbaru alaf 21..hohoho..
hohoho..ade hati konon ak nie nak jadi penulis..susah juga rupanya ek nak jadi penulis yang kreatif nie..nak pancing pembaca untuk terus minat membaca hasil penulisan kita..it's not easy..kadang2 ianya membosankan,kadang boleh juga menjadikan penulisan itu menjengkelkan hati pembaca..bukan itu sahaje,,nak jadi penulis nie kdg2 nak kene ade ilham juga untuk nak menulis...lepas nak pastikan penulisan tu menarik untuk dibaca..klu tak,pembace bace satu muka surat je la penulisan kita,pastu tido....zzzz,
hmm...then aku pun setuju bila org kata,,awak,semua orang boleh ade blog,boleh jd blogger,,Tapi,bukan semua orang dilahirkan ada bakat menulis blog dan disegani oleh semua orang..owh..hmmm....Oleh itu dan yang demikianya..huhu..aku pun sebenarnya berminat juga untuk menjadi seornag penulis blog nie..tp xpe,ape2 pun kita mula dari bawah dan belajar bertatih dari bawah..kat sini adela sedikit tip untuk kawan2 yang cinta dan sayang dalam bidang penulisan saya share sikit2 info/tip yang saya dapat nie untuk kita sama2 jadi penulis blog yang baik..:
1. Kenal diri sendiriApa saja pekerjaan yang kita nak buat. Mula-mula kenal diri kita sendiri terlebih dahulu. Nak ada blog sendiri? Nak jadi blogger hebat? boleh, tapi cuba tanya pada diri sendiri dulu “apa yang aku boleh tunjukkan dalam penulisan aku nanti?”, “apa bidang yang aku mahir?” atau “apa yang aku akan tulis dan apa yang tidak akan sesekali tulis dalam blog aku ni?”. Penting. Sebab, untuk menjadi penulis yang berjaya kita kena ada pendirian. Sama maca dalam life seharian kita. Apa yang diri kita boleh buat dan apa yang jangan sesekali kita buat. Jadi penulis pun macam tu. Contoh. Saya tidak akan menulis berkenaan seks dalam blog.
2. Belajar Secara BijakBlogger pun boleh dikategorikan sebagai pelajar. Jadi, tugas kita adalah belajar.Jangan jemu untuk mencari ilmu blogging yang baru setiap hari. Kita kena tahu apa yang kita nak belajar atau cari untuk hari ini. Jadi, fokus. Contoh. Hari ini, saya ingin tahu macam mana nak nak cari pasangan yang baik. So, saya cuma fokus cari info pasal ini sahaja lah.
3. Cari Peluang “improve” gaya penulisan dalam blogSehebat mana pun blogger, kalau tidak diasahkan lagi bakat menulis tu susah juga. Nanti, dekat situ..situ sajalah ilmu yang ada. Macam mana nak asah? Ok, senang je. Rajinkan diri cari peluang untuk join Contest yang ada kualiti. Saya ulang, kualiti. Tak ada niat nak kecilkan hati siapa-siapa ok. Kualiti yang macam mana? Contoh, kalau betul serious nak jadi penulis blog yang berjaya dalam dunia blogging ni. Join contest berkaitan blogging juga. Contest SEO, Review alexa rank, contest yang ada kaitan dengan trafik paling bagus! Biasanya, contest macam ni buat korang belajar cara menulis di blog dengan betul. SEO akan buat korang belajar menulis dengan bahasa melayu yang betul, proper habis, susun ayat dan macam-macam.
4. Be CreativeBukan orang hiburan je perlu creative ni. Kita, kalau nak jadi penulis blog pun kena creative. Kena cari apa yang kita boleh tulis dalam blog kita dan akan pembaca tidak merasa bosan. Contoh, korang boleh variasikan tajuk dalam entry seharian korang (kecuali blog niche jangan ikut tips ini). Kalau hari ini tulis pasal isu semasa, esok boleh ubah pasal hiburan. Lusa, cerita pasal masalah harian pula. Be creative!!! Jangan bagi pembaca blog kita bosan.
5. Berani Suarakan PendapatNak jadi penulis blog kena berani beri pendapat dan berani terima teguran. Kalau tak berani 2 perkara ini, susah nak jadi penulis blog yang berjaya. Jadi, sila jadi berani.Jangan takut. Cuma, perlu hati-hati jangan menulis ikutkan hati. Jadi blogger kena pandai kawal emosi.
Rasanya, cukuplah 5 ini sahaja tip yang saya dapat dan kongsikan untuk kawan yang nak jadi penulis blog tapi ragu-ragu. Boleh saja. Tak ada istilah “aku tak boleh jadi penulis” . Semua boleh kalau kita kata boleh. Be positive!! Selamat menjadi penulis blog yang berjaya.
senyum itukan sedekah..jadi jangan lupa senyum selalu..(^__^)
No comments:
Post a Comment