Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum semua,semoga semua sihat selalu bersama dengan mereka yang tersayang dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan olehNYA untuk menulis dan berkongsi suka gembira sedih duka pengalaman hidup yang dilalui dan ilmu yang ada dengan rakan-rakan yang dikasihi kerana Allah sekalian .Alhamdulillah .Alhamdulillah .Alhamdulillah .
Sekali lagi ku panjat syukur Ya Allah padaMu, kerana dengan izin dan limpah kurniaan mu, alhamdulillah tamat juga sesi pengajianku di sini .ya .Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan ,yang menyimpan 1001 kenangan kisah silam aku bersama sahabat2, rakan2 seperjuangan dalam mengharungi liku2 kehidupan sebagai seorang pelajar, mahasiswa, tanggungjawab sebagai seorang anak yang diamanahkan untuk belajar disini, dan tentunya sbg seorang khalifah yang dipilih oleh Allah lahir ke dunia ini.
Terlalu banyak kenangan yang aku alami disana,pahit manis,suka duka sepanjang bergelar mahsiswa disana yang penting pengalaman itu menjadi aku seorang manusia yang lebih matang dalam menempuh kehidupan yang akan mendatang .Sungguh, tidak aku sangka sesuatu yang tidak aku sukai suatu ketika dahulu tawaran kemasukan ke University Malaysia Sabah, Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam dengan Kepujian akhirnya memberikan sesuatu yang sangat bermakna dalam kehidupanku. terlalu bermakna .Disitula aku mengenali erti sebuah persahabatan, ukhuwah fillah abada abdan,berkenalan dengan rakan-rakan masjid, berprogram hingga bawa ke pagi tidak langsung terfikir penat,letih dan sebagainya, bersyukur Allah aturkan perkenalan ku dengan naqibahku dan usrah..dan segalanya bermula dari situ, aku mula memahami dan mengenali segalanya . alhamdulillah .Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk hamba2NYA. Boleh jadi kita tidak menyukai sesuatu walhall itulah yang terbaik untuk kita .
Harapanku,smg ukhuwah ini berkekalan hingga ke akhirnya,dan Allah merahmati kita semua. semoga kita bertemu lagi dengan izinNYA .in sha allah . kepada sahabat2 yang telah berjaya tahniah,,kepada yang masih dibumi Labuan teruskan perjuanganmu disana .doaku sentiasa mengiringimu .
senyum itukan sedekah..jadi jangan lupa senyum selalu..(^__^)

No comments:
Post a Comment